Permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Assalamualaikum and Hai semuaaa… Lama nda jumpa ba kan hahahah cikMelon jarang update blog sebab kesibukan yang sukar dibendung. Apa khabar? Semoga semuanya baik-baik ja ya. Okay sebenarnya cikMelon harini mau cerita pasal permohonan SPA8. Kalau sebut ja SPA8 sudah semestinya permohonan kerja di sektor awam atau kerajaan. Bahasa pasar orang selalu sebut kerja gomen hahahah cikMelon sudah memohon SPA8 dari lepas SPM lagi dan lepas degree ni baru kena panggil untuk peperiksaan atas talian (online).
Selepas beberapa permohonan cikMelon TIDAK MELEPASI TAPISAN SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN/ JABATAN , Alhamdulillah untuk pengambilan pada 27 Mei 2019 jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat di JKM cikMelon MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA. Yeayyyyyyy 💃💃💃 but not yeayyy yet 😄😄 sebab kena tunggu untuk kena panggil peperiksaan online dan memang penantian tu satu penyeksaan juga yaaa sebab peperiksaan online ni selalunya akan dipanggil dalam 3 ke 5 bulan selepas itu. Macam cikMelon, 18 Oktober 2019 baru dapat jawan exam online SPA8 ni.
Exam online bagi setiap jawatan di SPA8 ni berbeza-beza ya nda sama semua. Untuk jawatan yang cikMelon lepas untuk jawab exam online ni kena melalui tiga (3) set soalan :
A) PENGETAHUAN AM - 30 MINIT
Soalan berbentuk objektif iaitu pilihan A/B/C/D sebanyak 30 soalan sahaja. Memandangkan jawatan ni under JKM, soalan banyak menyentuh berkaitan dasar-dasar, akta-akta, peranan, visi, misi, hala tuju, kumpulan sasar, jenis bantuan untuk kumpulan sasar, langkah penyelesaian, badan kerajaan atau swasta yang terlibat, agensi-agensi NGO under JKM dan isu-isu semasa. Jadi jangan malas-malas menelaah ilmu ya 😌 padahal cikMelon malam sebelum exam online tengok Harry Potter nda pun belajar 😝😝😝 (jangan contohi cikMelon)
B) DAYA MENYELESAIKAN MASALAH - 25 MINITmm
Soalan sama seperti set A iaitu berbentuk objektif sebanyak 20 soalan sahaja. Set B ni menguji daya penyelesaian masalah dengan kita menjawab soalan-soalan matematik. Pelbagai jenis pengiraan dari zaman sekolah rendah sampai menengah sampai degree kadang terselit 😭😭😂 so kita kena banyak belajar balik formula-formula basic matematik.
C) KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS - 20 MINIT
Dannnnn sama juga dengan set A dan B. Objektif!!! Soalan BI ni menguji tatabahasa dan penggunaan sesuai untuk beberapa perkataan, perkataan yang sama maksud. Selalunya 10 soalan terakhir berdasarkan teks.
Setiap set ni akan ada gap masa 15 minit untuk kita rehatkan otak sebelum jawab set soalan seterusnya. So sepanjang masa menjawab exam online setiap set ni kena fokus ya kawan-kawan. CikMelon haritu menjawab memang nda kisah nda peduli sudah orang sekeliling hahaha
Tips sepanjang menjawab exam online ni:
💣 Fokus
💣 Mana-mana soalan yang kamu nda yakin jawapannya, kamu main tembak ja dulu, jawab mana-mana saja. Bagi mengelakkan bila mau habis masa kamu jawab semua tanpa ada tinggal satu soalan yang tidak dijawab. Jangan lupa tulis nombor soalan untuk periksa balik.
💣 Bila sudah siap semua dan masih ada berbaki beberapa minit periksa balik soalan yang kamu tidak yakin jawapannya untuk cari jawapan lebih tepat.
💣 Satu (1) minit sebelum habis masa pastikan semua soalan sudah dijawab.
Tips tambahan:
💣 Jangan lupa minta doa parents kita, adik-beradik dan kawan-kawan untuk dipermudahkan urusan kita.
💣 Semak komen post SPA di laman Facebook untuk post pemberitahuan penjadualan exam yang berkaitan jawatan kamu dapat. Disana kamu akan jumpa tu ada kawan-kawan yang buat group Whatsapp atau Telegram untuk perbincangan dan perkongsian tips.
💣 Awal-awal login tu laman exam. Laman exam online sejam sebelum mula exam memang sudah aktif. Bagi mengelakkan bila ada masalah kamu tidak dapat selesaikan awal-awal. Kalau awal buka contoh ada masalah boleh awal-awal call SPA untuk bantuan.
So guys itu saja perkongsian pasal exam online SPA8. Selepas jawab exam online tidak payahlah bincang ya. Past is past.Ciyeeeee😂😂 Bersabar menanti keputusan seja ya hahahah selalunya keputusan exam online akan dapat seminggu selepas exam tu. Dan boleh cek di portal SPA atau di akaun SPA8 kamu sendiri. Harap perkongsian ini berguna utnuk kawan-kawan yang bakal menjawab exam online SPA8 yang akan datang. Byeee.....💓💋🌹
Pergh. Lama juga mau tunggu online exam dia ahh
ReplyDelete