Yang namanya R.I.N.D.U.
Hallu hallu halluuuuu ~~~
I'm back!! π Hahahaha wah gila punya lama tidak update ni blog. Biasalah
kehidupan yang sangat sibuk dengan segala benda yang ada di atas muka bumi ni π Okay untuk harini, aku mau share pasal cinta hati aku π mestilah kalau cerita pasal someone special ini kita akan
cakap boyfriend or girlfriend kan.. tapi untuk aku, someone
special iaitu cinta hatiku aku adalah seseorang yang sehingga ke akhir hayatku,
dia akan tetap ada dalam ingatan aku dan jiwa aku.
Dia tidaklah seperti lelaki
lain yang romantik atau lembut dalam tutur katanya. Dan kalau jumpa dengan
perempuan lain pun confirm perempuan tu smua akan menangis gara-gara dia π sebab apa? Sebab kalau dia marah memang siaplah kena maki hamun
olehnya. Adoi segala jenis maki hamun apa ja yang tidak keluar dari mulutnya.
Bukan setakat mulut yang bercakap, tangan pun kadang-kadang ikut juga memukul.
Haih rindunya dengan pukulan dia.
Kalau dia datang rumah dan
tidur dengan kami, memang akan tidur lewatlah malam, tidak berhenti main dalam
kebun ubi kayu, pergi main layang-layang ke dalam kebun kelapa, semua bendalah
mau buat. Hahahah ππ Bawah tangga rumah Inak (nenek) selalu
jadi lokasi kami untuk buat rumah-rumah. Segala kain batik, bantal, periuk
pinggan Inak kami bawa jadi mainan. Disebabkan kami ni cucu-cucu kesayangan, so
Inak tidak marahlah π. Sumpah! Rindu semua tu.
Tahun 2008, masa tu cuti
sekolah, abangku dua-dua cuti dari PLKN dan kolej. Dan dia pun datanglah
bercuti ke rumah. Setiap hari dan setiap masa bermain ja kerja kami. Memang tak
ingat dunia. Pernah satu malam tu, dia tiba-tiba cakap dengan abang-abang aku, “Kalau
aku sudah besar, kamu dua orang yang aku akan selalu cari.” Iyalah kan,
mestilah sebab sudah kami ni sepupu, sentiasalah akan sama-sama. Hahahaha… Aku
kadang letak dalam hati aku yang dialah satu-satunya lelaki yang boleh lindungi
aku, sayang aku dan jaga aku dengan sangat baik. Walaupun sebenarnya, aku lagi
tua dan dia adik 3 tahun lagi mudaπ, aku memang masa tu fikir aku mau dia jadi
boyfriend aku nanti. Aku pernah sakit, dia belikan aku makanan, aku pernah kena
marah, dia ikut sedih. Dia juga yang selalu bahagiakan aku. Sumpah! Rindu mati π
24 Mac 2008 bersamaan hari Isnin. Hari yang aku ingat sepanjang
hidup aku dan hari yang setiap tahun aku berusaha lupa dan buat-buat tiada apa
yang pernah terjadi pada tarikh ni. Harini adalah hari pertama sekolah selepas
cuti sekolah. Jadi dia macam biasa memang tinggal dengan Inak. Masa tu dia
darjah 5 dan aku tingkatan 2. Macam hari-hari biasa, aku ke sekolah tengahari
tu, perasaan pun tidaklah excited sangat atau gembira. Makin dekat masa mau
balik sekolah, satu perasaan yang aku jarang rasa, aku tidak mau balik ke rumah
haritu. Aku rasa macam mau pergi ke satu tempat. Dan pada umur begitu memang
aku tidak akan melilau lah hahaha. So tibalah masanya untuk anak-anak lascar pelangi
balik ke rumah masing-masing. Sampai jak aku di sungai depan rumah kami, aku
dengar adikku teriak panggil kakakku. Dan belum sempat aku jejakkan kaki lagi,
kakakku berlari sambil panggil aku dalam keadaan dia menangis sambil cakap, “Deng
(nama timangan guee), si Otok tiada sudah!!”. Aku rasa aku tidak
pijak tanah sudah dan aku rasa aku mimpi. Hari itu, kami hantar dia balik ke
rumah Inak adalah hari terakhir aku dan dia main di bawah rumah. Hari itu juga
hari terakhir kami makan telur sama-sama. Hari terakhir kami main senapang
pisang yang kami buat hasil belajar dari arwah Amma’(datuk). Hari terakhir aku
pegang tangannya dan hari terakhir dia senyum dengan aku. Satu yang aku tidak
mampu buat dan aku sesali sampai hari ini aku tidak mampu kucup dahinya buat
kali terakhir πdan aku tidak hantar dia ke tempat tidurnya buat kali terakhir
sebab untuk terima kenyataan yang dia tiada sudah memang berat. Sampai hari ini…
Untuk teman sepermainan kecilku, teman sebantalku, teman bergaduh,
kekasihku, cinta hatiku… Aku tahu tempatmu lagi indah sekarang ni berbanding
dunia yang fana ni. Terima kasih untuk segala memori indah kita sepanjang kau bersama
kami semua. Aku rindu kita yang dulu. Aku rindu kau, Mohd Farid bin Abu Bakarπ
Al-Fatihah.

Comments
Post a Comment