Orang Kampung!!


Di kampung kita ada semua yang kita mahu yang tiada di bandar. Dan yang paling penting di kampung kita ada kegembiran dan kebebasan. Karya Mat Luthfi tiada dan tidak pernah menghampakan. Thumbs up for you Mat! 

Bila bercerita tentang kampung, aku punya kampung. Sama seperti orang lain. Kampung ada pemandangan yang indah dan jarang dapat ditangkap oleh mata. Keluar dari rumah, terbentang luas lautan yang biru indah dan tenang. Saujana mata memandang! Pasir putih yang indah, angin laut yang menyamankan. Semua sungguh indah untuk dikenang dan buat aku rindu pada kampung. 

Satu hal yang paling aku gemari adalah mandi laut yang sangat menyeronokkan yang aku tidak dapat di rumahku atau di bandar. Mandi laut yang tiada had masa (kalau mama tidak marahlah, hahaha). Dapat makan makanan laut yang segar dan aku sendiri yang pergi mengambil. INDAH TAU! Jadi, apa yang tiada di kampung? Semua yang menggembirakan kau ada di kampung. 

p/s: Harini Jumaat dan aku tidak sabar untuk tidur lama esok. hahaha.. 

Comments

Popular posts from this blog

Kebosanan melanda hidup yang 'kering'

~~ EXPECTATION ~~