Posts

Showing posts from July, 2017

Orang Kampung!!

Image
Di kampung kita ada semua yang kita mahu yang tiada di bandar. Dan yang paling penting di kampung kita ada kegembiran dan kebebasan. Karya Mat Luthfi tiada dan tidak pernah menghampakan. Thumbs up for you Mat!  Bila bercerita tentang kampung, aku punya kampung. Sama seperti orang lain. Kampung ada pemandangan yang indah dan jarang dapat ditangkap oleh mata. Keluar dari rumah, terbentang luas lautan yang biru indah dan tenang. Saujana mata memandang! Pasir putih yang indah, angin laut yang menyamankan. Semua sungguh indah untuk dikenang dan buat aku rindu pada kampung.  Satu hal yang paling aku gemari adalah mandi laut yang sangat menyeronokkan yang aku tidak dapat di rumahku atau di bandar. Mandi laut yang tiada had masa (kalau mama tidak marahlah, hahaha). Dapat makan makanan laut yang segar dan aku sendiri yang pergi mengambil. INDAH TAU!  Jadi, apa yang tiada di kampung? Semua yang menggembirakan kau ada di kampung.  p/s: Harini Jumaat dan aku tidak sabar...

ALAM YANG MENEMUKAN KITA

Image
BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM Menjadi manusia yang tidak melihat pada alam yang dia pijak itu adalah manusia yang rugi. Manusia yang tiada inginnya untuk bertadabbur alam itu manusia yang rugi. Kenapa ku kata begitu? Kerana dari alam kita, manusia sedar besar kuasa yang Allah beri. Dari alam juga kita mampu mencari suatu kesenangan dalam diri iaitu ketenangan selain dari mengadu padaNya. Permulaan penulisan blog ku berkisar tentang alam, tentang pertemuan. Aku lihat dan aku alami pelbagai pertemuan dalam hidupku. Pertemuan yang ku jangka, pertemuan yang tidak ku jangka. Pertemuan yang ku inginkan dan pertemuan yang tidak ku inginkan. Tiada yang ku kesali kerana semua atas aturanNya. Pertemuan ketika di zaman belajar adalah pertemuan yang aku sangat rindui. Tidak kira ketika sekolah mahupun universiti. Pertemuan dengan insan-insan yang baru aku kenali adalah sesuatu yang menakjubkan. Kenapa bagiku ia menakjubkan? Kerana aku boleh bercerita dan mengenali insan yang bukan datang dar...